Shota Shimizu
Shota Shimizu

Shota Shimizu

Shōta Shimizu (清水翔太 Shimizu Shōta) lahir pada 27 Februari 1989. Dia ialah seorang pemuzik Jepun dan penulis lagu dari Yao, Osaka Wilayah, Jepun. Dia telah debut pada tahun 2008. [1] Pada 1 JUN 2008, Shimizu membuat pertunjukan di Central Park semasa Festival Hari Jepun. Shota Shimizu pergi ke sekolah Kristian tempatan di Osaka di mana beliau belajar bagaimana untuk menyanyi muzik gospel. Beliau terpesona dengan muzik , inilah yang menjadikan kerjaya muziknya bermula. Beliau telah mendapat ilham daripada Donny Hathaway, Marvin Gaye, dan Ray Charles. [2]Sebelum debut, pada bulan November 2007, Shota menyanyikan lagu Inggeris pada malam amatur di Teater Apollo. Beliau dikenali sebagai salah satu penyanyi jiwa oleh sebuah akhbar tempatan di New York. Dia telah membuat pertunjukan lagi di Teater Apollo pada 19 November 2008. Dia menyanyikan lagu "Sukiyaki" oleh Kyu Sakamoto dalam bahasa Jepun, di mana dia telah diberikan tepukan gemuruh daripada para penonton seramai 1500 orang. Dia berkata bahawa dia menyanyi kerana dia hendak menunjukkan kebanggaan Jepun dan menunjukkan keindahan bahasa Jepun. [3]

Shota Shimizu

Transliterasi
Transliterasi
- Romaji:Shimizu Shōta